Sunday 10 February 2013

Kembara Sinai,Egypt

Assalamualaikum wbt!
hari kdua kami di mesir,Alhamdulillah kali ni kami berangkat ke sinai.

sebelum tu,,ana nak kongsikan sedikit pasal sejarah mesir ni.kalau ada silap atas perkongsian ana mohon dperbetulkan.mesir terletaknya di benua afrika manakala sinai pula di benua asia barat.mesir dikenali dengan kekuatan ketenteraan.jikalau kita susuri perjalanan selama ke sinai,banyak tembok2 dibina di bahu jalan.sewaktu pemerintahan Mubarak,beliau telah sumber ekonomi mesir ke arah ketenteraan instead of pembangunan negara untuk kukuhkan kedudukan dan kuasa.dan berkaitan dengan sejarah Sinai,dahulunya sinai memang di bawah pemerintahan Mesir.namun akhirnya berjaya ditawan Israel memandangkan waktu tu Israel tiada tanah kerajaan.pada tahun 1969-1973 berlakunya perang mesir-israel dan dalam perang tersebut mesir berjaya dapatkan sinai dpd israel.

ana  sempat juga melawat kubu pertahanan israel yang berjaya ditawan mesir.menariknya tentang kubu ni,dahulunya kubu ni dibina di bawah tanah,tiada siapa pun dari kalangan tentera mesir yang dapat detect.setiap kali jet pejuang mesir merentasi kubu,pasti jet tersebut akan ditembak.Sehinggalah pemimpin tentera mesir,ana pun dah lupa nama dia.tapi beliau telah mendapat 1 mimpi.Dalam mimpi tu,beliau diarahkan untuk menggunakan bom air yang dilepaskan melalui udara ke arah kubu tersebut.akhirnya,kubu tersebut dapat dibongkar dan ditawan.masyaAllah,..


dalam kubu israel

hanya tinggalan



kat dalam ni ada kitab taurat yang telah diselewengkan

antara yang selamat

peluru jenis yang sama yang digunakan israel tuk serang Gaza pd tahun 2008

asrama tentera israel




Kubu Israel yang berjaya ditawan

sempadan mesir-israel








sepanjang perjalanan ke sinai yang memakan masa lebih kurang 12 jam,banyak tempat bersejarah yang kami singgah.antaranya adalah kubu israel yang disebutkan tadi,terusan suez,telaga nabi Musa.ha,telaga Nabi Musa ada 12 kesemuanya (dibuat oleh suku kaum Nabi Musa yang waktu tu berjumlah 12 suku kesemuanya),tapi yang dapat dilihat hanyalah 2,kemungkinan yang lain tertimbus timbusan tanah.
inilah dia telaga Nabi Musa a.s


kalau pasal terusan suez pulak,dahulunya dibuka oleh orang perancis untuk perdagangan.disebabkan pembukaan terusan suez,perdangangan semakin meluas sehingga ke Tanah Melayu.nak masuk ke sinai ni bukan senang,kami diiringi oleh tentera mesir bagi menjamin tahap keselamatan memandangkan Sinai merupakan sempadan antara mesir dan israel.

suez

perjalanan ke Sinai merentasi banjaran Teh.kat sana jua kami dapat melihat kubu Sultan Solehuddin al Ayyubi untuk menawan tanah Palestin daripada Israel.kalau antum nak tahu,Sultan Solehuddin telah membebaskan al-Quds dpd Israel waktu ketika dulu.kemudian al-Quds jatuh semula ke tangan Israel.namun sekarang,Bridged al-Qassam sedang berusaha untuk mengambil kembali hak Palestin dpd Israel.sama2 kita doakan mereka berjaya.amin..kalau antum nak tahu lagi,kisah al-Quds ni dah tercatat dalam surah al-Isra',ayat 4-7.SubhanAllah...

kat belakang kubu (tempat yg agk cerah),itulah israel

lebih kurang pada pukul 1.30 pagi,bermulalah ekspedisi pendakian gunung sinai atau lebih dikenali sebagai Jabal Musa dengan ketinggian separuh dpd gunung Kinabalu.ramai mamat dan minah salleh yang kami jumpa.menurut Ustaz Amirul(ustaz yang bawa kami ke sinai) ,penganut agama kristian percaya jabal musa merupakan tempat penghapus dosa.mereka akan mendaki hingga ke puncak.kemudian setelah sampai di puncak mereka akan duduk menghadap matahari sambil menangis dan meratap sambil mengenang kembali dosa2 lalu.pelik kan?tapi xpelah,jika itu yang mereka percaya.

tapi bagi ana dan sahabat,pendakian ke Jabal Musa bukan untuk melihat sunrise,bukan untuk mengenang dan meratap dosa tapi untuk mengambil ibrah daripada pengorbanan Nabi Musa a.s.kalau antum nak tahu kisah Nabi Musa a.s,antum boleh buka AQ.surah al-Qasas,ayat 4-13 (kelahiran Nabi Musa),ayat 14-21 (Nabi Musa keluar dpd Mesir),ayat 22-28(Nabi  Musa berhijrah ke Madyan),malam pendakian kami ditemani cahaya bulan yang sangatlah terang hinggakan kami x perlu untuk memakai lampu suluh.Masya Allah.dalam perjalanan,kami melepasi gereja terbesar di afrika,ana x sure apa nama gereja tu.

Jabal Musa

untaaaa!

pada mulanya,kami hanya melalui dataran yang landai tetapi dipenuhi batu2 yang tajam.waktu tu kami menggunakan laluan unta memandangkan laluan tu lebih selamat.hee..kalau terpijak najis unta just buat dunno jela.

lama kelamaan perjalanan menjadi semakin mencabar ditambah dengan angin lintang yang luar biasa serta salji yang renyai2.namun,semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus sampai ke puncak.ada 10 checkpoint yang perlu dilepas sebelum sampai ke puncak ,pada checkpoint yang terakhir,angin bertambah kuat.sejuk!rsenye lagi sejuk dpd moscow.pendakian klimaks kami sebelum sampai ke puncak merupakan antara yang paling mencabar kerana angin yang kuat diatambah dengan keaaan permukaan batu yg licin hingga hampir menolak kami ke jurang.berbkalkan kebergantungan kepada Allah dan keyakinan akan ketentuan Allah,pendakian ttp diteruskan,ada di antara sahabat ana yang menangis.


Alhamdulillah,kami sampai di puncak dalam pukul 5.30 pagi.ramai sangat manusia di puncak.,namun angin semakin kuat hingga memaksa kami untuk menyewa selimut.di puncak Jabal Musa terdapat surau yang sangat sempit.so kami terpaksa menunggu giliran untuk solat subuh.usai solat,kami dibawa untuk melihat tempat Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah selama 40 hari.

rumput dalam batu krn mukjizat yg diturunkan Allah terhadap Nabi Musa a.s

tempat Nabi Musa a.s bermunajat

dan selama peninggalan nabi,kebanyakkan dari umatnya telah berpaling.antaranya adalah Samiri,di mana waktu tu dia telah menghasilkan patung emas anak sapi yang dieri nama Samiri.patung itu disembah oleh sebahagian umat Nabi Musa a.s kerana dipercayai boleh bercakap.

patung anak sapi.tapi hanya tinggal kesan biasan cahaya matahari


kisah ini juga terdapat dalam AQ,surah al-A'raf ayat 148
"Dan kaum Musa,setelah kepergian Musa ke Gunung Sinai mereka membuat patung anak sapi yang bertubuh dan dapat melenguh (bersuara) dari perhiasan (emas).Apakah mereka tidak mengetahui bahawa patung anak sapi itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat pula menunjukkan jalan kepada mereka?mereka menjadikannya sebagai sembahan.Mereka adalah orang-orang yang zalim."


masya-Allah.tengok kan..Allah masih lagi x hilangkan kesan samiri ni.untuk apa?sebagai pengajaran untuk kita semua.dan sebagai bukti bahawa agama Allah itu benar!masyaAllah..


makam Nabi Soleh a.s


makam Nabi Harun a.s
selepas tu kami dibawa pula melawat dan bertawasul di Makam Nabi Harun a.s dan Nabi Soleh a.s.Nabi harun a.s wafat sewaktu dalam perjalanan ke Palestin bersama Nabi Musa a.s lalu dia  dimakamkan oleh Nabi Musa di Sinai(tempat wafatnya Nabi Harun).Nabi Harun a.s adalah penolong Nabi Musa a.s memandangkan Nabi Musa a.s mempunyai kesukaran untuk berbicara dengan lancar.
so,ibrah dpd musafir ke sinai ni memang banyak mengajar ana.

yang pertamannya..setiap perbuatan dan kehendak kita adalah bergantung kepada niat.kenapa ana cakap gini?sebab,sebelum ana memulakan pendakian,ana dah setkan dalam diri ana ,begitu juga dengan sahabat ana bahawa kami nak mendaki bukan untuk melihat sunrise,bukan untuk sekadar suka2 tapi untuk merasai kesusahan Nabi Musa dalam usahanya menyampaikan dakwah.dan terbukti,pendakian kami kali ini betul2 mencabar.cuba antum bayangkan,mendaki hanya ditemani cahaya bulan,dalam keadaan sejuk.ditambah pula dalam kalangan kami ada yang sakit perut,sakit kaki.waktu tu keadaan agak huru hara.apabila sampai ke puncak,ramai di kalangan kami kesejukan sehingga kulit menjadi kering dan berdarah.waktu tu matahari belum lagi muncul,kabus pun tebal.mujur ada selimut untuk disewa,so dengan harga 20 genith dapatlah ana sewa sehelai selimut yang sangatlah tebal dan selesa!alhamdulillah.
dh nk turun

inshaAllah ana akan datang lagi !
kawasan gunung yg hancur (surah al-A'raf:143)


then,waktu tu ana teringat saat2 berlakunya kiamat.kalau antum nak tahu,detik2 berlakunya kiamat termasukla keadaan yang huru hara,sejuk disebabkan ketiadaan matahari,manusia dalam ketakutan,kedengaran rintuhan2 suara.dan keadaan tu hampir sama dengan waktua ana dan sahabat berada di puncak.dan ana analogikan yang selimut tu adalah arasy Allah.hanya manusia yang terpilih sahaja dapat berlindung di dalam arasy Allah manakala wang yang digunakan untuk menyewa selimut adalah amalan kebaikan dan pahala,ataupun ckeck in ticket yang membolehkan kita berlindung di bawah arasy Allah.
1 lagi pengajaran yang ana dapat,kalau nak bukan senang nak berjaya.tapi kita kena juga berusaha kerana kita dah tahu point kejayaan sudah berada di hadapan.jatuh dalam perjalanan merupakan perkara biasa asal kita tidak mudah putus asa dan patah semangat,pasti kejayaan milik kita.setelah hampir 4 jam bersusah payah,akhirnya Gunung Sinai berjaya kami tawan. Allah sentiasa bersama,ingat tu ! J
insyaAllah,sampai  di sini sahaja perkongsian ana dari Sinai.kalau nak diceritakan lagi,memang panjang!silap2 antum yng tertidur duk baca coretan ana.hehe..jgn lupa singgah ke post yg seterusnya!










barakAllahufikum

No comments:

Post a Comment